Ini Amira sok!
Follow Dashboard
Forgiveness is a Gift you give yourself
Saturday, January 12, 2013 | 0Superstar (s)!






'' You must do the things  you  think you cannot do''

Assalamalaikum,

hyep! here me again.
hmmm.
Okayh! harini aku nak kongsi satu cerita.
Macam ni ceritanya,
Bermula dengan family aku ni teringin laa nak minum air buah.
demand pulak tu, siap boleh main-main pilih nak buah apa. Dah laa aku yang tukang kena buatnya.
Kang aku buat air buah kanji baru tahu.
Dengan malasnya dan muka setonyeh aku bukak laa peti sejuk.
tengok ada buah epal. So, bedal je laa Labu.
Kalau nak buat air epal, Firstly, mesti lah bahan dia buah epal kan.
okay, aku ambil laa 3 biji buah epal dalam peti sejuk tu.
Lepas tu, mestilah kena potong kecil-kecil dulu sebelum masuk mesin pengisar(blender).
*yelah takut nanti blendar tu terlekat pulak kan.
Sikit je lagi nak siap air nih. tinggal nak masukkan bahan rahsia jer.
iaitu, susu pekat.
aku pun korek laa guna sudu susu pekat yang tak berapa nak ada dalam tin tuh.
Siap pi bubuh air panas lagi dalam tin tuh nak kasi susu yang lekat dekat tin tu cair.
(nampak sangat kedehekut tu) kahkahkah.-__-''
Jimat okay, ni yang dipanggil EKO-NOMI.
berjimat cermat amalan mulia.
Berbalik semula cerita tadi. Lepas bubuh susu, dengan yakin aku terus tekan suis nak blender kesemua bahan biar sebati.
Baru berapa saat blender,
tiba-tibaaa..
kedeboooommmmm.
Oh mak kepala rimau terpelocot!
terlopong aku.
Mana taknya blender tu pecah  kot. pastu siap rongpong berlubang satu.
Habis segala air epal aku terpelantik macam tsunami.
Aku pulak, lecun mandi air epal. Hambik kau. haih! sadis betul keadaan aku time tuh.
Macam mana blender nih boleh pecah pulak dah!
bila tengok balik.
Rupa-rupanya, ada sudu kat dalam blender tuh.
Okay! my bad.
macam mana aku tak nampak sudu tuh ada dalam blender?
tapi, bila fikir balik, memang laa aku tak nampak sebab sudu tu tenggelam dalam air epal tu masa aku nak isi air panas dalam tin susu.
Adoyai, cuainya lah aku.
Yang paling sedih, tak dapat minum air epal.
huahauaaa. (T..T)

Jadi, moral of the story,
  •   Sebelum nak tekan suis blender tu, pastikan dulu korang tak tertinggal apa-apa seperti sudu ke nanti jadi macam aku pulak. tak pasal-pasal mandi air epal
  •  Nak buat apa-apa tu kenalah ikhlas okay, baru semua kerja yang kita buat tak ada masalah.:)



Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:)

underlined, bold

''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia''
"Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky.


Diary About Stuff Site





Blog Achiever



Let's Talk!

i-twittah!