![]() Wednesday, January 23, 2013 | 0Superstar (s)!
'' Whisper a wish to butterfly and it will fly up to heaven and make it come true'' Assalamualaikum, Yuhuuu! halooo. meet me again and again and again and again. (enough and enough)! (-_-''). Okayh, tiba masanya untuk korang baca entri aku yang melalut nih. Nasib lah korang kan. kahkahkah. Hmmmm, pernah tak korang bermimpi?? dan.. mimpi itu benar terjadi di alam realiti?? Yup, sesetengah orang mungkin akan cakap, '' Eh, tak de lah. mimpi tu kan mainan tidur''. Err, Okay! aku tak kesah apa orang nak cakap sebab setiap orang ada pendapat diaorang sendiri kan. Hmm, betul lah tu. Mimpi memang mainan tidur tapi kita tak boleh pertikaikan mimpi yang benar dalam tidur tak kan berlaku sebab mimpi ini ada 3 jenis iaitu 1) Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu. 2) Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur. 3) Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya. Sekiranya korang bermimpi benar,maka itu datangnya daripada ALLAH S.W.T dan jika korang bermimpi biasa terutamanya mimpi buruk, sudah semestinya itu datangnya daripada syaitan laknatullah. Aku juga pernah alami pengalaman mimpi benar nih. Aku percaya mimpi ini datangnya daripada ALLAH yang seakan memperingatkan aku. Mimpi aku datang beberapa minggu sebelum tarikh 19 April 2012 datang. Aku bermimpi yang gigi aku patah. Lepas bangun jer, aku terus beristghfar panjang sebab aku tahu tafsiran di sebalik mimpi tu. Yelah, sebab sebelum tu aku ada gatai-gatai search MR Google pasal petanda mimpi nih. Seronok pulak baca tafsiran mimpi mengikut islam nih. Tu yang tahu sikit-sikit tu. Itulah, Lepas je mimpi gitu, aku rasa cuak dan pucat sikit. Okay,aku anggap mimpi itu mainan tidur(gangguan syaitan) sahaja. Tapi, semua tu berubah bila tarikh 19 April 2012 tu datang gak. Aku tak sangka tarikh tu telah membawa jasad arwah atuk aku yang aku panggil 'ki' pergi buat selamanya. Sehingga sekarang aku masih rasa lagi kehilangan arwah sebab masa tunggu result SPM dulu, aku lah yang tolong nenek aku jaga arwah masa dia kena strok. *flashback. Aku ingat lagi,hari itu hari khamis, aku tak boleh pergi awal ke rumah nenek aku sebab aku kena belajar kereta untuk test isnin depannya. Tapi, aku dah janji dengan nenek aku yang lepas belajar je, aku terus pergi sana. Tapi, petang tu, hati aku rasa tak tenang je. Berapa kali aku belajar naik bukit, tapi berapa kali tu jugak lah kereta yang aku belajar bawa tu berundur turun ke belakang. Eh, kenapa pulak ni? sebelum ni, okay jer aku belajar bukit nih. Entahlaaa. Masa tu, aku hanya fikir nak habiskan cepat je sesi belajar petang tuu. Aku rasa macam dah berdebar-debar jer hati ni. Bila dah on the way nak balik, aku minta cikgu hantar aku ke rumah nenek aku. Aku kena suap ki makan sebab berapa hari nih dia demam pastu tak boleh nak bangun. kesian ki. Tapi, petang tu, Puas aku kejut ki bangun nak suap makan tapi ki tak bangun jugak. Sayu jer aku pandang ki masa tu tapi masa tu raut wajah ki sangat tenang. Tak sampai hati aku nak kejut. Lepastu, aku cuba kejut lagi sebab fikirkan ki yang tak makan lagi. Tapi, Hati aku dah rasa macam semacam jer masa tu. Tiba-tiba je, aku rasa pipi aku basah. Lepas tu, mata aku semakin kabur. Eh, kenapa mata aku bocor nih?? ki tidur je la tu. Aku cuba jugak buang perasaan negatif tu. Tangan aku terketar-ketar cuba check nadi ki. Sekali lagi mata aku kabur disebabkan air mata. Aku pandang nenek aku, dia dah menangis macam tahu-tahu maksud aku. Aku tak boleh nak terima lagi hakikat masa tu. Aku cuba lagi check bahagian pernafasan ki aku. Tapi, kali nih. air mata aku turun laju dan hanya mampu sebut ''innalillah hi wai inalillahi rajiun''. Badan ki masa tu masih panas lagi dan aku sedih sebab aku lambat sampai masa tu. Masih terbayang lagi wajah sayu arwah yang sering pandang aku. Aku terkilan sangat sebab aku sebenarnya dah dapat petanda awal daripadaNYA melalui mimpi tu. Kakak aku cakap, aku dapat mimpi tu sebab aku yang selalu jaga arwah ki dulu. Tapi, taktahulah. Kuasa ALLAH kan. Sebenarnya, tafsiran mimpi yang aku dapat tu ialah akan ada dalam kalangan saudara mara terdekat akan ditimpa kemalangan ataupun mati. ALLAHU AKBAR. Semua ini berlaku, sudah ketentuannNYA. aku berserah kepada Qada dan Qadar kerana ALLAH S.W.T yang maha mengetahui. Antara Tafsiran mimpi dalam islam ( nak tahu lagi pergi tangok sendiri dekat google):- 1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat. 2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat 3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh 4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia 5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan 6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda 7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar 8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa 9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat 10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat 11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira 12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar 13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran 14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan 15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang 16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian 17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan 18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat 19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan 20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh 21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar 22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar 24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya 25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati 26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup 27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai 28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita 29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita 30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya. #p/s: Sentiasalah berdoa agar mendapat mimpi yang datangnya daripada ALLAH S.W.T dan dijauhi mimpi daripada syaitan laknatullah. |
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|