![]() Saturday, January 26, 2013 | 0Superstar (s)!
Assalamualaikum, peace yo! (^.^)v
Hmmm, selepas beberapa hari aku relax daripada ber-blogging, (padahal malas nak menaip). kali ini, aku bertukar menjadi rajin. yeay!.
tu pun selepas aku habis baca majalah.
Tadi, time sedap-sedap baca majalah, tup-tup terbaca pasal satu info.
pasal kecantikan. Tu yang rasa macam nak kongsi jer dengan korang.
Tajuknya berbunyi bergini " bahan merbahaya dalam produk kecantikan"
Hah! tu dia. seram tak? seram tak??
Bagi kaum Hawa. sememangnya seram, tapi, kalau kaum Adam baca pun mesti seram jugak. ahaha.
Tahu pun berdiri bulu roma kan. Selama nih, kita maen hentam jer pakai entah apa-apa produk.
asal nampak packaging comel jer terus beli.
heiii! tunggu dulu.
Jangan cepat benor nak belinya. Korang dah tengok ke apa kandungan bahannya.
sesuai ke tidok dengan kulit korang tu.
kulit kita semua bukannya sama setiap orang. Mungkin ada yang terlebih minyak, terkurang minyak, tersensitif dan banyak lagi yang 'TER'.
Cuba bayangkan kulit kita kena bahan merbahaya nih. tak ke menggerutu jadinya.
turun wang hantaran nanti. ahaha.
Okay, sebab tu lah kita sentiasa peka dengan setiap barang yang kita beli, zaman sekarang nih banyak betul orang lebih suka ambik kesempatan untuk dapat keuntungan daripada beramal untuk masyarakat.
Jom tengok apa dia biasanya bahan merbahaya dalam produk kosmetik kita.
HYDROQUINONE ia biasanya didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar,wujud masalah ginjal,kanser darah dan kanser hati. RHODAMIN Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada penguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati. SODIUM LAURETH SULFATE Bahan ini terdapat dalam kebanyakan produk syampu, sabun dan bahan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan ulit,asma,sakit kepala,sakit sendi pening-pening, dan katarak mata. MERCURI Bahan ini biasa digunakan dalam produk pemutih. Kesannya,ialah berlaku irritasi dan alahan pada kulit,kerosakan pada otak,ginjal, gangguan perkembangan janin,kerosakan paru-paru,muntah-mntah dan kanser. PARABEN Bahan ini banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara. ISOPROPYL ALCOHOL Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut dalam bahan kecantikan. Bahan ini boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panajang boleh menyebabkan penuaan. MINYAK MINERAL Minyak mineral walaupun kedengaran seperti baik untuk kulit ,tetapi ia akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat. PROPYLENE GLYCOL Produk ini seperti kosmetik dan pencuci muka juga banyak menggunakan bahan ini. Bahan ini mampu menyebabkan masalah kemerahan pada kulit dan kerosakan ginjal dan hati. POLYETHYENE GLYCOL (PEG) Bahan ini akan menyebabkan kelembapan kulit terganggu dan mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria.
Jadi, sebelum beli apa-apa produk sekalipun, make sure check dulu tau.
p/s: lebih baik mencegah daripada merawat. Ingat kata-kata nih. Aku hanya menyampaikan kerana sayangkan korang. :) Adiosss.
|
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|