![]() Saturday, February 2, 2013 | 0Superstar (s)!
Assalamualaikum, Peace yo(^.^)V
Seperti yang korang semua dah tahu, sekarang nih dah masuk bulan Februari. kalau tanya bulan Januari pergi mana?! Jawapannya,bulan Januari baru jer lepas lalu. So, kalau korang nak jumpa lagi bulan tu tunggu laa tahun depan 2014 pulak. :P
Hmmm, entry aku kali nih bukan lagi pasal tips yang macam lepas tu. kalau nak tips lagi, lain kali lah aku kasi. kali nih aku nak cerita pasal kisah aku hari nih.
Walaupun tak berapa menarik, tapi suka hati aku lah kan. ahaha.
Ceritanya bermula bergini, Petang tadi dalam pukul 5.30 pm aku pergilah ambil adik aku daripada kelas tuition. Budak tu, masuk-masuk jer kereta kata nak gi padang MPK dekat masjid tu kejap nak tengok member sekolah dia lawan bola. Okay, aku singgah laa sekejap. Nasib baik ada parking menghadap padang. Kalau tak, pandai-pandai laa menapak pergi padang tu, padan muka hang!. Pastu, Dia turun la pergi dekat member dia. Aku?? aku tunggu dalam kereta je laa. Dah laa dengan pakai selekeh pulak tu. Sementara nak tunggu budak tu, aku tutup laa aircond, bukak tingkap, kuatkan radio. tik tok tik tok....
Pergh! mana budak nih, kata sekejap jer. nih dah dekat 20 minit dia pergi tengok member dia main.
Nasib baik laa mood aku nih baik. Sabor je laaa...
Tengah aku syok layan lagu, tiba-tiba, aku terpandang seorang lelaki yang agak berusia pastu tak pakai baju( seluar pakai laa) nak lalu depan kereta aku. Errr, daripada gaya dia mesti kita cop dia tak siuman sebab tak pakai baju pastu siap jalan kat tengah-tengah bandar pulak tu. Aku cuak laa jugak bila dia nak lintas depan kereta aku. yelaa, buatnya dia sergah aku, mau tak kejong aku situ.
tapi, aku buat biasa jer sebab yang pertama, kalau aku buat gelabah lagi laa tarik perhatian dia. sebab yang kedua, area aku parking kereta tu ramai orang lelaki yang tengah duduk tengok budak-budak lawan bola. Aku jerit je laa serupa Ning Baizura tu. Confirm pak cik tu lari dulu sebelum orang datang tolong. kahkahkah.
Back to story, hah! yang paling menyayat hati aku, tangan pak cik tu agak kehitaman dan jari dia ada yang takde. tak ke sedih aku tengok!! kesian betol. Aku tengok je gelagat pakcik tu. Eh??
menda pulak yang pak cik tu kutip? aku tenung jer. Laaaa. rupanya, setiap kali dia jalan, mesti dia bongkok kutip something pastu letak dalam kocek seluar dia. Korang rasa dia kutip apa??
sebenarnya dia kutip sampah wei!
Hadui, cuba korang bayangkan. pak cik yang tak berapa sihat akal dia tu boleh lagi nak kutip sampah kat jalan tu sedangkan kita yang cerdik otak nih boleh buat selamba tak berapa nak badak nampak sampah. tak ke rasa macam pelik jer bunyinya? sebenarnya lebih kepada, tak ke malu kita rasa jadi orang yang siuman nih??
Tunggu!! ada lagi kisah pak cik tu..
tengah-tengah aku syok tengok gelagat pak cik tu ( hello, bukan aku stalk pak cik tu eh!).
Tiba-tiba pakcik tu pergi ke arah sorang mamat yang tengah duduk tengok bola.
Dalam hati aku, "ah sudah! pak cik tu nak kacau orang ke??". Laaaaa, dia mintak rokok mamat tu rupanya yang ada kat sebelah mamat tu. Aku ingat mendalah pakcik tu tunjuk-tunjuk.
Errrr,, tapi yang tak sedapnya kenapa rokok??
mamat tu pun satu, pi senang-senang je kasi rokok tu. siap nyalakan lagi rokok tu. Eh, tahu kan pak cik tu dah tua. rokok tu kan bahaya untuk kesihatan. rasa nak marah je aku masa tuh.
Tapi, mira sabar dulu.
kalau mamat tu tak kasi, pakcik tu mengamuk guane?? mahu kau jugak yang menyorok bawah kerusi. Wajar laa mamat tu kasi kan. kita tak boleh jangka fikiran orang yang tak sihat nih.
Haih! sedih aku tengok pakcik tu. Hati aku asyik tanya jer ''mana agaknya family dia eh?'', ''anak-anak dia ada tak??'', ''kenapa pak cik nih boleh jadi sampai macam tu sekali??''.
Jawapan dia hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu. Walahu'alam.
|
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|