![]() Friday, March 1, 2013 | 0Superstar (s)!
'' A few nice words can help a person more than you think'' Assalamualaikum:) and peace yo ^.^v Hari ini aku seronok nak berkongsi cerita dengan readers semua. Cerita pasal apa??? hmmmm.. sabar! sabar! Okay, ceritanya bermula begini ya kawan-kawan. Imam al-Ghazali ada mengemukakan beberapa soalan kepada anak muridnya, iaitu : ''Apa paling dekat dengan diri kita di dunia ini?'' Muridnya menjawab ''orang tua,guru,teman dan kerabatnya''. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?'' Muridnya menjawab "China,bulan,bintang dan matahari''. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita,tetap kita tidak mampu kembali kepada masa lalu.Oleh itu,kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang sesuai dengan ajaran agama. ''Apa yang paling besar di dunia ini?'' Murid menjawab ''gunung,bulan dan matahari''. Semua jawapan itu benar ,kata Imam Ghazali,tetapi paling besar adalah NAFSU. Nafsu yang menguasai diri,menyebabkan manusia gagal menggunakan hati,telinga,akal dan mata yang dikurniakan oleh tuhan untuk hidup berlandaskan kebenaran. ''Apa yang paling berat di dunia ini?'' Ada yang menjawab, baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuhan, binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah ( pemimpin) di dunia ini. Bagaimanapun,manusia dengan sombongnya menyatakan kesanggupan hingga ramai manusia ke neraka kerana tidak mampu memikul amananh. ''Apa yang paling ringan didunia ini?'' Muridnya menjawab, kapas, debu, angin dan daun. Semua itu memang benar kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling ringan didunia ini adalah meninggalkan solat. Kemudian, ''Apakah yang paling tajam di dunia ini?'' Muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang. Benar kata Imam al-Ghazali,tetapi pedang tidak dapat melawan tajamnya LIDAH. ya, lidah adalah yang paling tajam didunia ini. Hal ini kerana melalui lidah,manusia begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri. Kita pernah dengan pepatah melayu kan? kerana mulut badan binasa. Jadi, berhati-hati dengan setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita:)
Sumber: Artikle dalam suratkhabar.
|
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|