![]() Tuesday, April 16, 2013 | 0Superstar (s)!
"You cannot protect yourself from angry without protecting yourself from patient."Assalamualaikum. Wahai sahabat bloggerku. Hari ini aku nak cakap bahawa perkara sama terjadi lagi :(. ohh, my god! it's happen againnn! aku ingat hanya sekali jer akan menjadi sejarah rupanya ada lagi kali kedua. korang nak tahu apa yang terjadi tu?? hmmm, okayh. Kisahnya bermula apabila... Tadi, balik sekolah je, aku perasan kat kereta ada kesan calar. Mak aihh! terkejut aku. ke aku berhalusinasi nih?. Okay, ini bukan kesan calar yang budak-budak nakal buat sebab tak puas hati tapi ni kesan calar sebab kena langgar. WAHH! memang seronok kan. Mengikut kesan yang ditinggalkan, memang kereta makhluk ALLAH ini 'cium' habis kereta aku nih! siap ada bahagian cat terkopak lagi tu. Ini kurang ajaq namanya! Alahai. Tetapi, inilah realitinya. Walaupun negara kita dah makin maju, ada jugak segelintir masyarakat kita bersikap pentingkan diri sendiri dan takde langsung nilai tanggungjawab dalam diri. Masa kat sekolah, punyalah belajar nilai-nilai murni. Kalau cikgu cakap nilai-nilai murni ada 100. complete hafal kesemua 100 tu. Cehh, Kalau setakat hafal je, baik TAK PAYAH!. Aku suruh kucing sebelah rumah aku hafal pun diaorang lagi hebat. Tak boleh ke mulut yang dah dianugerahkan tuhan tu ucapkan sedikit kata-kata maaf kalau dah buat salah tu. Tak rugi pun kan?? Aku bukan lah kejam sangat nak marah ataupun minta ganti rugi. Cuba belajar bertanggungjawab sikit. Kalau guna alasan sebab tuan kereta tak ada. Come on laa wei, tak guna ada akal tapi tak guna. Banyak lagi alternatif lain contohnya tunggu tuan tu sampai datang ke takpun paling teruk pun tinggal nombor telefon tu. Nampak laa bertamadun sikit. Baru tuan kereta tu tak sumpah seranah. Kita ni biar orang nampak kita bersalah untuk kesalahan yang kita memang buat, daripada orang nampak kita pengecut untuk kesalahan yang kita memang buat kemudian lari daripada masalah. Betul kan?? Haish, maaf laa aku emosi sikit nih. Tapi, aku geram sangat. Aku kalau boleh, seboleh-bolehnya aku nak jauh daripada perasaan marah. Banyak lagi benda yang aku kena fikir. Tapi, aku pun manusia gak. tahu erti marah dan geram jugak. . Kita kena lah hormat perasaan orang kalau kita nak orang hormat perasaan kita. Ni tak, bila orang buat kat kita, tahu melenting satu badan. Janganlah macam tu kawan. Kita ni hidup dalam negara yang sama berprinsipkan rukun negara yang sama. tapi bila masuk bab sikap hancusss. Sememangnya pada luaran kita nampak sangat maju tapi hakikatnya kita masih mundur. Fikir-fikirkan lah. *Semoga 'makhluk ALLAH' itu diberi kebahagiaan dan keinsafan hendaknya.:) |
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|