![]() Monday, June 3, 2013 | 0Superstar (s)!
Asalamualaikum, Ehemm. ehem. sepanjang cuti sekolah 2 minggu nih. agak membosankan bagi aku yang tak tahu nak buat apa dekat rumah. Tercongok macam patung pun ada kot. Aadoi. tak rasa nikmat cuti pun ada. Tapi, kelmarin ayah aku ajak balik kampung. Yeay, yeay balik kampung. Okay, hilang sikit tahap kebosanan aku nih. Dapat laa jugak nak bercuti dekat kampung walaupun dah berbelas tahun memang aku bercuti dekat kelantan tu je lah kan. Takpe lah, lain cuti kita pergi lain negeri yek. Hmmm, cuti-cuti sekolah gini memang ramai orang buat kenduri kahwin. Termasuk lah kawan kakak aku pun nak kahwin. (Kawan dia yang nak kahwin. dia pulak yang sibuk). Semalam, Kakak aku ajak lah aku yang muka kebosanan ni pergi ikut dia ke kenduri kahwin kawan dia. Okay, aku ikutlah sebab teringin jugak nak tengok kawan dia kahwin ditambah dengan lama tak merasa kenduri kahwin dekat Kelantan. Masa mula-mula sampai, aku macam terkezut sedikit sebab tengok ada sekumpulan orang wanita pakai baju lain daripada orang lain. Ehh, boleh pulak kakak aku pergi bersalaman dengan semua wanita itu. Ohh. rupanya kawan-kawan dia. patutlaa. buat penat aku terkezzut. Ahaha. Dengan slow motionnya, aku berjalan di belakang kakak aku sambil bersalaman dengan mereka. kakak aku cakap nanti ada demo silat dengan berzanji.Ooo, rupanya kawan-kawan daripada persatuan silat dia tu rupanaya. Punyalah penat aku nak senyum dekat sorang-sorang. ramai jugak geng-geng silat dia nih. Adui. anggap jelah senyum itu sedekah mira oii. hehe. Sepanjang majlis tu, aku kena jadi photographer tak berbayar. Dah laa panas terik yang amat. Nasib baik aku ni sedia baik dan memikirkan hubungan adik beradik. kalau tak, memangkirimsalamdaritalamlahakunaktolong. Seperti yang sudah dijangkakan. mesti akan ada suara-suara sumbang yang menayakan siapa gerangan aku nih dekat kakak aku. Okay, soalan yang tu takpe lagi. yang aku hanginnya. boleh pulak tanya dekat kakak aku, yang nih kakak ke? hah! nasib baik aku kasi senyuman je. kalau aku kasi jelingan maut. memang nahas. Tapi, nasib baik diaorang cakap aku nampak muda. terus aku tak jadi hangin. hahaha. *tak boleh terima hakikat nak masuk 20 an dah gitu ah jadinya.Tapi, kegembiraan aku sekejap jer bila lepas tu aku asyik kena buli jer dengan orang-orang tua tuh semua. Haih! Sabar jer laa. Ingatkan bila dah berpanas di bawah sang matahari yang terik selepas tengok demo orang bersilat dengan berzanji boleh dah balik. Tapi, rupa-rupanya. Semua kawan silat dia ajak pulak pergi kenduri satu lagi member silat dia kahwin. Hah! aku yang hanya melukut di tepian gantang nih. terpaksa lah ikut je. Ingatkan dah lepas azab berpanas bawah matahari. Ada lagi tu. kena berhimpit pulak dalam kereta. Macam ikan sardin tersepit dah aku rasa. Kereta yang lain pun macam ikan sardin jugak.Ada dalam 5 buah kereta jugak la berarak ke kenduri seterusnya. Mula-mula memang aku agak begang tapi last-last aku gelak sorang. Yelah, kalau budak kecik yang berhimpit takpe lagi nih tak semua dah boleh dapat title bapak dengan mak budak dah. Jadi aku namakan rombongan ini "rombongan silat cik kiah ke kenduri kahwin". Ahaha. Keluar-keluar kereta, terkejut tuan rumah tengok ramai sangat. lagi aku tak boleh tahan nak gelak yang nih. Ahaha. Walaupun aku agak keletihan yang amat dan perut buncit akibat kekenyangan makan kenduri. Tapi aku rasa sangat seronok dapat ikut rombongan silat tu. Tapi yang agak tak berapa best. aku kena ceramah panjang dengan abang naib pengerusi silat tu. Ada ke masa nak tunggu pengantin lelaki sampai, aku duduk la dulu sambil tengok geng silat ni bersiap Tiba-tiba,. Boleh ada abang silat tu duduk sebelah aku pastu promote silat dekat aku. Aku pulak macam burung belatuk je. lepas angguk. angguk. lepas angguk. angguk. Dia tak tengok lagi silat aku nih. Jangan sampai eden tunjuk!. heee.
p/s : kepada readers sekalian. Sebenarnya bagus kalian masuk silat nih. Bagi perempuan sangat lah bagus untuk mempertahankan diri daripada manusia-manusia yang nak mencederakan kalian. Kita kena tunjuk yang perempuan juga kuat dan tidak lemah. So, aku syor sertailah silat ke taekwando ke takpun muatai. Belaka boleh. asal kita tak tersalah guna apa yang dipelajari sudahh la yek. Salam sayang semua! |
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|