Ini Amira sok!
Follow Dashboard
The colour of Soul
Sunday, June 9, 2013 | 0Superstar (s)!


“Women think of all colors except the absence of color. I have said that black has it all. White too. Their beauty is absolute. It is the perfect harmony.”~coco chanel

Assalamualaikum:)

Di kesempatan, aku kelihatan rajin pulak nak berkongsi apa-apa yang perlu dikongsi. Yelah, sebelum blog ni nanti bersawang dengan entry yang lama. Lepas nih, aku rasa macam busy jer nak ber-blog blog nih. Tapi, aku akan  usaha jugak update sesuatu yang baru dalam blog ini ye:) jadi, korang sekalian jangan pernah putus asa membaca blog aku ni. Hmm, kali ini aku suka nak berkongsi tentang ''warna''. Apakah warna? Siapakah warna? Dimanakah warna? Bagaimanakah warna dan Berapakah warna? Errr?! apa punya soalan ini? macam peluru M16 jer bertubi-tubi keluar. Manalah aku tahu warna tu siapa,berapa,bagaimana dan sebagainya. Yang aku tahu hanyalah satu iaitu setiap warna itu ada RAHSIAnya. shhh! hehe.

Semua orang ada warna kegemarannya yang tersendiri. Sebab itu, warna berkait rapat dengan personaliti seseorang. Melalui warna, seseorang itu dapat menunjukkan karakter sebenar diri mereka.Jadi, berhati-hati semasa memilih warna untuk digayakan.

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.

PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.


 Selalunya, individu akan menggayakan warna dalam kehidupan seharian berdasarkan warna yang mereka suka. Contohnya, Kalau minat warna biru. Habis, dari kepala sampai ke kaki warna biru. Tu tak masuk lagi kalau ada rumah, tak ke semua rumah tu diwarnanya warna biru. Dah tak boleh beza rumah ke laut nih. HARUU! Sebab tu, campuran warna sangat penting. Ia bukan hanya menunjukkan kita mempunyai satu karakter sahaja. tetapi pelbagai disamping dilihat bijak memilih warna yang sesuai dengan diri. Oleh itu, aku beri sedikit tips memilih warna dalam berpakaian yang juga korang mesti ALERT. Jom check!
  1. Ingat! Jangan menggunakan pakaian lebih daripada 3 warna. (nanti korang nampak macam badut tahu)
  2. Kenakan warna yang sesuai dengan kulit korang . Jika kulit berwarna agak gelap, kenakan warna - warna cerah seperti putih, krim, kelabu atau baby blue. Untuk kulit berwarna putih dan kuning langsat, pilihan warna adalah lebih banyak. Korang juga boleh memakai warna yang lembut atau pastel.
  3. Ehh! Jangan pakai seluar yang berwarna terang. Seperti warna merah, kuning atau orange.*Macam fesyen artis korea sekarang. Kenakan warna-warna neutral atau gelap cukup.  (Hello, tak payah poyo nak berk-pop sangatt.)
  4. Sesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat . Warna gelap untuk acara formal. Sedangkan warna terang untuk acara informal. Jangan terbalik pulak nanti orang cakap kita tak reti nak sesuaikan pakaian dengan majlis.
  5. Bagi yang berhijab, sekiranya baju korang dah bercorak bunga-bunga, geometri, polkadot atau sebagainya, pilihan hijab haruslah yang tidak mempuyai corak (plain). sebab ni dapat kurangkan nampak keserabutan dan kesaratan semasa berpakaian.
  6. Tali pinggang pun sama mesti warna sama dengan kasut . Jika kasut anda berwarna hitam, kenakan juga tali pinggang warna hitam.
Haaa.. macam mana?? Kalau semua senarai tu betul dengan apa yang korang tengah pakai sekarang. Maknanya anda sudah boleh pergi keluar rumah sekarang. yeayyy!! Dalam berpakaian ni kita harus bijak memainkan warna pakaian. Jangan nanti suatu hari kita digelar sebagai ''mangsa fesyen'' gara-gara salah memilih warna pakaian. Sekian. Salam sayang:)



Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:)

underlined, bold

''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia''
"Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky.


Diary About Stuff Site





Blog Achiever



Let's Talk!

i-twittah!