![]() Thursday, June 6, 2013 | 0Superstar (s)!
Friendship is not a big thing, it's a million little things Assalamualaikum, Hello readers sekalian, Hmm. Untuk entry aku kali ini, aku seronok nak bercerita mengenai hadirnya seorang kawan yang digelar sahabat. Semua orang ada kawan tetapi mesti juga sukar nak mencari kawan yang betul-betul boleh dijadikan teman suka dan duka kan. Yang mungkin ada sekarang, hanya lah teman bersuka-suki. Bila teman berduka je, haremm batang hidung. Ohh no no and no! Itu yang aku tak berapa gemar. Kalau aku, Aku seboleh-bolehnya berusaha untuk menjadi seorang sahabat kepada semua orang. Menjadi pendengar yang baik, menjadi penasihat yang terbaik dan menjadi superwoman yang bisa membantu sekiranya ada teman yang memerlukan. (chewah!) kihkih. Betul laa, kita kena berubah. belajar menjadi seorang sahabat yang baik. Barulah ramai orang senang kan. Barulah korang semua akan ada sahabat sejati yang boleh berduka dan bergumbira bersama-sama. Aku?? aku semestinya ada. sahabat selamanya dan teman yang yang tiada pengganti. *macam tajuk lagu jer. ahaha. si polan : siapakah gerangannya? aku: hmmm. gerangan siapa apa? si polan : siapa gerangan tu? Aku : tu siapa gerangan apa?? si polan : siapa siapa dan siapa gerangan apa tu? Aku : Apa siapa siapa dan siapa gerangan tu? Si polan: siaappaaaaaaaaaaaaaa, manusia sahabat selamanya kau tu?? *asap keluar dari hidung. Aku: waaaaaa!! Wan Nurul Syuhadah laa cerdik!
Berdasarkan gambar di atas, itulah dia si minah kepala senget yang menjadi sahabat aku selamanya. walaupun kami tak seibu dan sebapa tapi kami ada satu persamaan iaitu kepala hotak yang gila-gila. Kami mampu melakukan banyak kerja gila. Tapi AWAS! kami tak gila. So, kalau nak undang kami buat kerja gila, sila hubungi Wan Nurul Syuhadah di talian nur 011-1234567. Kakahkahkah. Okayh, sebenarnya aku rindu sangat suasana dalam gambar-gambar tu semua. Tak sangka cepat betul masa berlalu kan dan kita pun dah bawak haluan masing-masing. Kalau dulu, aku asyik tengok muka si minah Syuhadah ni jelah. Almaklumlah, tidur sekatil di asrama (Syuhadah tidur di lantai) ahaha. dan belajar sekelas bukan setahun, dua tahun pulak tu. Sekarang, hanya Maxis, digi dan celcom je lah penghubung rasmi kami. Terima kasih semua! ahaha. *Awak nak tahu Syuhadah! saya ingat lagi kali pertama kita jumpa. Masa tu saya budak baru kat sekolah tu. Kita tak kenal lagi masa tu. Lepas tu awak tegur saya dan tanya, "awak kawan Hazwana eh?" '' puas saya cari siapa lah kawan Hazwana tu, rupa-rupanya awak". Okay, that's the first time we met and know. *emo sedih sekejap. The moral of value, saya akan ingat kamu selamanya. thanks for being my bestfriends. Segala memori kita akan saya simpan selamanya sebagai kenangan okay. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari tua. Ehh! silap. selamat hari jadi kepada Wan Nurul Syuhadah yang akan menyambut pada 17 June ini. Sayangkamuselamanya.
Dear bestfriends, I love you neither with my heart nor with my mind. Just in case heart might stop and Mind can forget. I still love you with my soul. Because soul never stops or forget.. |
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|