![]() Tuesday, August 13, 2013 | 0Superstar (s)!
“Memories of childhood were the dreams that stayed with you after you woke.” Assalamualaikum, Hehehehehe. Hehehehe. Ehhh? kejadah apa kau sengih macam kerang busuk nih haaa mira. pergi main jauh jauhh. Hahahaha. Okay, sebenarnya aku teringat satu mainan yang aku seronok sangat main masa kecik kecik dulu. Rasa sangat excited bila dapat main balik bila dah besau gini. hahaha Korang nak tahu apa?? ehh, nanti dulu. mesti korang pernah main lahh benda nihh. hehe.
Tadaaaaaa. nih lah dia benda yang aku cakap tadi. Ingat tak? ingat tak?? haaa. mesti ingatkan. Ehh, jangan tengok bawah belon tu. yang tu buku sejarah aku. hahahaha. Bila dah juling baca buku, terus aku teringat dekat benda nih dalam beg. hehehe. Dulu balik sekolah jer tak sah mesti singgah kedai mak cik beli benda nih. Tapi orang panggil apa yer? aku panggil 'tiup belon guna straw jerr' hahaha. Aku beli benda nih secara tak sengaja masa pergi Teluk Chempedak haritu. Tapi, asal mahal sangat benda nih sekarang? aku beli rm 1.50 kot dekat kedai aunty cina tu. Dulu aku beli dalam berapa puluh sen jer.huh! ke aku kena tipu dengan taukeh tu? hadoiii, hilang sikit peratus keseronokan aku. Tapi, takpe janji dapat main lagi. yehooo!
Ehhh, kejappp! bukan tu sahaja, ada lagi benda yang membuatkan aku teringat sangat masa sekolah rendah dulu. Antaranya iaitu aiskrim 10 sen. Alahhh! tahu tak aiskrim apa?? Aiskrim 10 sen nih mirip aiskrim pop tapi aiskrim nih dibubuh dalam plastik panjang. Hmmm, tahulah sekarang nih ada aiskrim mahal-mahal macam magnum,cornetto lah apa lahh.
Dulu kalau balik sekolah jer mesti berebut berlari pergi dekat makcik yang jual makanan tu. Berebut tak hingat dunia belaka. Sanggup tu berhimpit-himpit semata nak makan aiskrim nih. Aku dulu minat gila beli yang asam masin dengan milo. Perghhh! terbaik kot. Ehh, bukan satu aku beli, dua tiga empat jugak kot aku beli sekali berdas. Nampak tak ketamakan disitu. hahaha. Yelah, aku bukan apa, aku cuma takut habis je nanti bebudak lain ambil. kahkahakah. >< Aku teringat ke aiskrim ni pun sebab ada harituh maksu aku buat masa aku pergi rumah dia. Wahhh! terus aku teruja nak makan. hehehe. *Kalah adik sedara aku.
Tapi, serius aku cakap memang sangat rindu zaman berhingus makan aiskrim 10 sen nih. Betullah kata orangkan. kita kena enjoy masa kanak-kanak ni sebab nanti bila dah besar berlaki ke berbini ke, dah beranak pinak, mesti kita rindu balik nak hidup macam seorang kanak-kanak. Sebab tu kenangan orang kata mahal kan kan. Jadi, simpanlah baik-baik kenangan tu supaya ada jugak perkara manis yang dapat dikenang. hehehe. Salam sayang semua. Adioooss Amigosss!
|
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|