Ini Amira sok!
Follow Dashboard
Salam Syawal
Tuesday, August 13, 2013 | 0Superstar (s)!



 

Wishing that ALLAH always blesses family with smiles, happiness and togetherness

Assalamualaikum,

Ehem ehemm. Wahh, berdebu balik rupanya entry aku nih. kahkahkah. Nak buat macam mana kan, tak sempat nak ber-update cerita terkini. Hanya mampu baca entry orang jer lahh. hehe~ hmmm, lupa pulak sekarang mesti ramai masih dalam mood raya kan, maklumlahh, hari raya lagi nih! Jadi, di kesempatan ini, nak ucaplah Selamat Hari Raya :)  Tahun nih raya aku biasa sahaja. Tak semeriah masa muda mudi dulu-dulu. (Wah! tua dah ke aku?) haha. Banyak kisah yang berlaku nak dekat dekat raya nih haa antaranya:

kisah 1

Tarikh: Sebelum raya
Lokasi: Di rumah

Hmmmm, kisahnya berbunyi bergini. Beberapa hari sebelum raya mestilah orang sibuk sibuk nak bersiap-siapkan bebab raya nak dekat. So, entah kenapa raya tahun ni rumah aku pertama kali ada kuih raya buatan sendiri. kahkahkah. Kelakar pulak bunyinya. Yelah, dulu mana ada. Kuih tunjuk-tunjuk jer. Tiba-tiba angin takde ribut takde boleh terconggok kuih dalam balang. hahaha. Ni semua kakak-kakak aku lah punya kerja. Nak buat kuih lah kek lahhh. Semua benda nak buat. Yang kena buatnya aku jugaak. Diaorang mengarah jer tahu ekk! banyak korang punya bibik. Antara kuih yang sempat buat adalah biskut susu dengan biskut conflek madu. Ohoiii, penat eden mengguli biskut tu tahu. Asal mngguli jer mesti terburai tepung dia. Agak kelamaan jugak mengguli ke tepung tu.
*tangan aku boleh ada muscle gini. Lama-lama mimik kebosanan kepenatan terselah kat muka aku. Jadi, aku pun berkata:

Aku: Kita bubuh air jelah dalam tepung nih. Tepung nih kering sangat sebab tu tak lekat nak uli ni.
Kakak : Ehh, dalam resepi tak tulis pun. Uli jer lagi, dia tak mampat lagi tu. Kuat sikit gok uli tu!
Aku: Haihhh -..-'' okayy okayy.

Tik tok tik tokk. Sedar tak sedar dah dekat setengah jam berlalu nih, dan adunan tadi masih macam tadi jugak takde beza pun aku tengokk. Aku tengok yang kakak aku uli pun sama jer. Cehh, uli bukan main kuat tadi.

Aku: Kita bubuh air laaaahhhh. try sikit dulu. cepat laaahh. malas kang buat!
Kakak: Yelahh! bubuh sikit dulu air.
Aku: Yeayy. akhirnya dapat bubuh air jugak.

Seee, bila dah bubuh air adunan senang jer nak  uli  tepung tu takde dah nak terburai bagai dah. Perghhh! kalau aku tahu dah aku bubuh dah air awal-awal lagi. Ni payoh bila terlalu ikut sangat resepi nih. Bukan boleh percaya. Akhirnya, jadilah biskut susu yang dibuat dengan penuh kasih sayang. Cehh, kasihh sayang lahh sangatt! Tapi, misi membuat kuih raya berjaya! mendapat pujian beb. Boleh dah aku bukak bakery nih. kakakah. Berangan kau mira!


 Kisah 2

Tarikh : Hari raya
Lokasi: Di rumah nenek

Wahhh! ramainya sedara-sedara datang. Pada masa yang sama pulak tu. Mahu roboh rumah nenek aku nihhh. Tapi, takpelah, hari raya kan. lama tak jumpa sedara jauh nih. Seronok dengar makcik makcik sekalian bercerita bagai. Tapi yang tak seronok tu duit raya dah tak dihulurkan pun pada diri ini. hehehe. Walaupun, duduk dekat budak-budak pun tak membantu langsung kot kena main dengan budak-budak adalah. Ada ke patut aku saja jer mintak sikit duit raya dekat budak-budak kecik nih, yelah, jelesss pulak tengok bebudak nih dapat duit raya penuh poket baju melayu, sampai kembung poket baju kiri kanan tu. Aku saja jer try buat muka kesian nak tengok bebudak nih kedehekut ke tak, Ehhh ehhh, bebudak sekalian tu buat tak tahu jerr, huhh! kedehekut punya budak. Tiba-tiba datang sorang budak nih keluarkan sampul raya daripada poket dia pastu kasi dekat aku. Wahhh! terharu pulak ada budak baik gini. Kihkihkih. Yeayyy! dapat duit raya lahhh. Excited lah nak bukak sampul tu berapa agaknya duit dalam tuh. Ehh ehh! Mana duit dalam sampul nih pergi?? sekali sampul kosong daa. Dushhh! sebek muka aku. kurengg asam punya budakkk! nakal betul bebudak sekarang yek. Sekali aku kena main daaa. (T.T) Jadi, moral of  the value jangan sesekali pernah berniat untuk mencilok duit raya kanak-kanak yer anda sekalian! hahaha.

p/s: Raya raya jugak makan makan jugak tapi puasa enam jangan lah dilupakan ye puasa ganti disegerakan :)




Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:)

underlined, bold

''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia''
"Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky.


Diary About Stuff Site





Blog Achiever



Let's Talk!

i-twittah!