![]() Saturday, October 5, 2013 | 0Superstar (s)!
Assalamualaikum, Hai readerss:) Hmm, sebenarnya aku tak tahu nak menaip apa sebenarnya. Hati teringin nak menaip tapi takde apa yang best untuk dikongsikan. Hmm, berkisar kehidupan seharian, Macam biasa aku kena lah rajinkan diri sebab sekarang ni dah masuk bulan octoberss dan menghampiri Novemberss. Perghh! bulan yang tough gila bagi aku kot. Yelahh, STPM pun dah nak dekat jumpa aku. Banyak lagi paper nak kena revise. Yang paper mengulang tu pun sehal lagi. Ohoiii, tak terkejar aku kot! Final sem ni sangat sangat dan sangat penat nak habaq hang. Sampai ada satu masa aku tak tahan nak menangis jerr. Bercendol hidung aku tahu! Dan disebabkan Aku tak nak susahkan sesiapa pasal masalah cengeng aku nih, yang menjadi mangsa aku adalah Jonah. Hahaha~ Walaupun Jonah ni kadang-kadang mulut laser nak makan pelempang aku selalu tapi dia sangat baik. Selalu bagi semangat dekat aku. Thank you Jonathan sebab sudi dengar aku menangis haritu! weee~ Ehhh, itu cerita dunia budak nak menghampiri saat exam. Abaikan~ Sekarang cerita pasal harini. Heee~ Harini aku teman kakak pergi buat demo silat di Berjaya Megamall Kuantan sempena hari kesedaran jenayah yang dianjurkan oleh pihak polis. Hmmm, tak habis-habis dengan silat dia tuh. Sebagai niat nak membantu, Aku pun ajak lerr member classmate aku pi meramaikan lagi Mega tuh. Yelahh, mana tahu takde orang ke yang nak tengok demo tuh. HAHA. First time weii, aku tengok demo silat ni dekat ruang legar Mega nih. Yang bahagian lelaki ah tak boleh blahhh. ganas sehh! sampai rasa bergegar lantai diaorang jatuh. Melopong mulut tengok! Haha. Hmm,yang part kelakar sekali, bila time tengah sedap makan, classmate aku kena dengar ceramah free serba sikit pasal silat ni dengan kakak aku. Orang nak promote masuk silat gitu lerr~ Tapi, bila dengar kakak aku cerita pasal silat ni takde pun unsur berkaitan ilmu makhluk halus yang dipelajari macam orang semua cakap tuh. Banyak tengok drama cik senah ni! Hahaha. ''Ilmu ini daripada ALLAH sebenarnya, tapi, diturunkan kepada orang terpilih untuk mengajar orang'' err, tu yang kakak aku cakap lah. Pastu, ada lagi ''Orang yang berjaya menghabiskan semua yang dipelajari merupakan orang yang terpilih''. Hmmm, fikir dua jenak sekejap aku. Takde salah pun kita belajar silat ni. Dan yang sangat untung kepada kaum hawa juga kan. Kawasan sekeliling sekarang ni pun dah tak selamat. Bayangkan, baru-baru ni, ada kes yang mengejutkan melibatkan budak perempuan di sekolah aku. Kes pertama, Jalan berseorangan di jejantas. Tiba-tiba, ada lelaki tak dikenali rentap tudung sekolah. Dan mangsa yang terkejut terus kejar orang tu nak dapatkan balik tudung. Kes kedua, Tunggu ibubapa atau bas di perhentian bas lepas sekolah. Tiba-tiba dipeluk daripada belakang oleh seseorang dan diraba dan dicium. Kes ketiga, Berjalan bersama rakan, kemudian diraba. Okayyy, tak ke seramm bila dengar kes macam ni berlaku. Apa yang perlu kita lakukan kalau perkara macam ni jadi pada diri kita?? First sekali, mesti terkejut beruk punya pastu panik kan?? Haaa, tulah. Kadang-kadang kita tak menjangkakan sesuatu yang buruk macam tu boleh terjadi dekat diri kita kan. Walaupun kita dah alert perkara begini tapi kita still tak boleh nak halang kan. Even, cikgu sekolah aku dah kasi pelbagai nasihat kepada semua murid supaya jaga diri elok-elok lepastu siap dah lodge a police report lagi. Tapi, kenapa masih terjadi lagi? Haihh, aku ada jugak terfikir, kan bagus kalau ada ilmu seni pertahankan diri nih. Tak perlu hidup rasa takut kalau berseorangan. So people out there! especially girlss! please! please! and please! take a good care of yourself kay. Kalau ada peluang belajar seni pertahankan diri tu, you had better do that! InsyaALLAH aku pun teringin nak belajar cuma masa dan keadaan aku yang tak mengizinkan:) Salam sayang semua. muahh!
Nak cakap sikit lah kann, disebabkan ada seorang insan ni suka sangat tanya bila aku nak pakai tudung hadiah dia, ni haaa. Puas hati sekarang?? Btw, thanks yer awokkss:)
![]() Saturday, September 28, 2013 | 0Superstar (s)!
Assalamualaikum, Ya habibi ya maulana. aip aip! minta maaf la lama rasa diri ini tak merapu melalut di blog ini. Tahap kemalasan nak menaip tu tahap langit petala tujuh tahu! tapi, kali nih tahap kemalasan aku terus hilang dan tahap keterujaan sangat tinggi.Chewahh! Nak tahu kenapa? ehemm ehemm:) Ikuti kisah aku~ Cuaca yang cerahhh serta bunyi kicauan burung yang berterbangan mngejutkan aku dari tidur yang sangat indahh pada pagi sabtu ini~ Chewahh! ayat tak boleh blah wa cakap sama lu. HAHA. Okaylahh, pagi-pagi mesti perut pun dahh menyanyi kan. So, berjalanlah aku menuju ke dapur untuk mencari sesuap makanan. Ehhh? asal sunyi jer rumah ni?? mana semua orang ni pergi?? Berpusing-pusing aku cari semua orang yang duduk dalam rumah tu. Bila difikirkan balik, baru aku ingat. Tadi masa tengah beradu, macam dengar suara mama cakap nak keluar pastu nak hantar adik aku kelas tambahan. Lahh! aku ingat mimpi kot tadi. Okayy, baru aku tahu. aku kena tinggal keseorangan rupanyaa~ fine lahh gini. T.T tetiba kakak aku yang sulong balik dari main perlawanan futsal pastu ajak aku pergi pesta buku kat Kuantan Parade. Mula-mula tu agak malas lah jugak. Yelah, ingat nak study jerr. Trial next week tu woii! tapi, bila difikirkan balik, baik lah pi jalan-jalan cuci mata ke kan. Ni asyik study jerr~
Okayy, bila dah sampai dekat pesta buku tu. Wahhh! macam terpegun sekejap sebab nampak banyak sangat buku. Errr, mata aku lebih tertumpu kepada novel sebenarnyaa. Tapi, buku-buku islamik pun buat aku gilass jugak tau. Ada macam-macam jenis genre buku jual kat situ. Islamik, kanak-kanak, novel, Al-Quran dan macam lagi lahh. Yang aku paling berkenan sekali tengok iaitu Al-Quran kecik. comel sangat! Tafsiran dalamnya, sangat menarik pastu siap berwarna-warni lagi. Dalam hati nak sangat Al-Quran tu. Tapi nak beli semua tu macam tak lah kot. Hanya mampu melihat dan pegang 5 minit sahaja. heee~ It's okay Mira, nanti ada rezeki boleh beli:) Hmm, Jalan punya jalan sambil teman kakak pilih nak beli novel, berhentilah dekat satu section bahagian buku nih. Deko bahagian dia sangat cantik! tengoklah buku yang dijual dekat situ. Buku hasil air tangan Ain Maisarah kot yang banyak. Err, korang tak kenal ke??hmm, beliau penulis buku remaja yang sangat best tahu. Buku dia bukan taraf novel cintan cinton yang macam alaf 21, kaki novel semua tu. Tapi buku beliau lebih kepada cerita cerpen kisah remaja kini. So, sesuailah untuk bebudak remaja macam aku nih. HAHA. Pigidahh! Aku first time baca buku Ain Maisarah ni masa form 3 dulu kot.Lepas baca terus jatuh cintan gua cakap sama lu.
Nilahh buku yang aku first baca dulu. Tengah aku bebel-bebel dekat kakak aku pasal semua buku dekat situ, tiba-tiba tidak ku sangkaa~ Aku : Kak laaa!! tuuuu Ain Maisarahh kan kan kan. Kakla : Mana?? Aku : tuuu laaa yang tengah duduk tu~ Kakla: yeke?? Aku: Yelahhh. tengok dekat banner tu muka dia kan kan~ *mata tak berkelip Kakla: A'ah laaa. Aku: Cepat cepat cepat. Kakla: cepat apa?? Aku: Cepat beli buku dia ni lahh pastu ambil autograph dia lerr. CEPAT LAA! Perghhh, dengan excitednya aku sudah terpacak di depan meja Ain Maisarah nih. Senyum sampai ke telinga tu beb. Yelah, mana taknya, aku teringin gila nak jumpa dia kot dulu lepas baca buku dia. Tapi, dia pun satu asyik pergi buat jelajah ke sekolah rendah jerr padahal time tu aku dah sekolah menengah. Manalahh dapat jumpanyaa. Hanya dapat tengok beliau dekat telebisyen jelaaa~ Tapi, harini salah satu angan-angan aku jadi kenyataan! Ain Maisarah depan mata nih. Bila dia bersuara. Alahai, lembutnyaa~ Ain Maisarah : Assalamualaikum~ *senyum Aku: Waalaikummussalam~ *double senyum Ain Maisarah : Nak tandatangan yer? Aku: A'ah. sekali dengan tangkap gambar yerr yer kak. heee~ Ain Maisarah : Bolehh. Ni buku untuk siapa?? Aku: Errr, untuk Amira. hahaha. (padahal buku kakak aku tu) Ain Maisarah: Pernah baca buku saya sebelum ni?? Aku: Pernah kak, masa saya form 3 dulu. Buku yang aku mahu popular tu! Ain Maisarah: iyee? baguslahhh. Ni buku yang baru beli ni? Kakla: Ohhh, buku projek diet saya beli ni sebab nampak menarik. Pasal diet. Saya pun belajar pasal diet ni semua. Aku : Ishhh, sibuk lahh Kakla nihh *dalam hati. hehe. Ain Maisarah: Ohh! dietician ea? Kakla: A'ah. Ain Maisarah: Baguslaah, dalam buku ni pun ada sebut pasal cara pemakanan, bulimia, aneroxia dan sebagainya. Kakla: sebab tulah saya beli sebab menarik untuk kanak-kanak. Ain Maisarah: A'ah. tapi, awak berdua jangan diet-diet tau. dah kurus dah ni! Aku: Baik akak:) Haaaaa, nampak tak keramahan beliau. Dah laa suara lembut sangat. Comel tahu! Huisshhh, best gila kot. ni baru jumpa sorang! kalau lahh ramai novelis datang berkampung dekat situ, perghhh, pengsan kot aku. Tapi, apa apa pun anda sangat best lahh kak Ain Maisarah! Jom layan blog beliau http://ainmaisarah.blogspot.com/ ehhh, nanti dulu jangan gopohh sila lihat di bawahh. Mohon sesangat jelesss yer! HAHAHA.
|
The Disclaimer ![]() Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:) underlined, bold ''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia'' "Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky. Blog Achiever Let's Talk!
i-twittah!
|