Ini Amira sok!
Follow Dashboard
Wake up people!
Saturday, October 5, 2013 | 0Superstar (s)!


Assalamualaikum,

 Hai readerss:) Hmm, sebenarnya aku tak tahu nak menaip apa sebenarnya. Hati teringin nak menaip tapi takde apa yang best untuk dikongsikan. Hmm, berkisar kehidupan seharian, Macam biasa aku kena lah rajinkan diri sebab sekarang ni dah masuk bulan octoberss dan menghampiri Novemberss. Perghh! bulan yang tough gila bagi aku kot. Yelahh, STPM pun dah nak dekat jumpa aku. Banyak lagi paper nak kena revise. Yang paper mengulang tu pun sehal lagi. Ohoiii, tak terkejar aku kot! Final sem ni sangat sangat dan sangat penat nak habaq hang. Sampai ada satu masa aku tak tahan nak menangis jerr. Bercendol hidung aku tahu!  Dan disebabkan Aku tak nak susahkan sesiapa pasal masalah cengeng aku nih, yang menjadi mangsa aku adalah Jonah. Hahaha~ Walaupun Jonah ni kadang-kadang mulut laser nak makan pelempang aku selalu tapi dia sangat baik. Selalu bagi semangat dekat aku. Thank you Jonathan sebab sudi dengar aku menangis haritu! weee~

Ehhh, itu cerita dunia budak nak menghampiri saat exam. Abaikan~ Sekarang cerita pasal harini. Heee~

  Harini aku teman kakak pergi buat demo silat di Berjaya Megamall Kuantan sempena hari kesedaran jenayah yang dianjurkan oleh pihak polis. Hmmm, tak habis-habis dengan silat dia tuh. Sebagai niat nak membantu, Aku pun ajak lerr member classmate aku pi meramaikan lagi Mega tuh. Yelahh, mana tahu takde orang ke yang nak tengok demo tuh. HAHA. First time weii, aku tengok demo silat ni dekat ruang legar Mega nih. Yang bahagian lelaki ah tak boleh blahhh. ganas sehh! sampai rasa bergegar lantai diaorang jatuh. Melopong mulut tengok! Haha. Hmm,yang part kelakar sekali, bila time tengah sedap makan, classmate aku kena dengar ceramah free serba sikit pasal silat ni dengan kakak aku. Orang nak promote masuk silat gitu lerr~ Tapi, bila dengar kakak aku cerita pasal silat ni takde pun unsur berkaitan ilmu makhluk halus yang dipelajari macam orang semua cakap tuh. Banyak tengok drama  cik senah ni! Hahaha. ''Ilmu ini daripada ALLAH sebenarnya, tapi, diturunkan kepada orang terpilih untuk mengajar orang'' err, tu yang kakak aku cakap  lah. Pastu, ada lagi ''Orang yang berjaya menghabiskan semua yang dipelajari merupakan orang yang terpilih''. Hmmm, fikir dua jenak sekejap aku. Takde salah pun kita belajar silat ni. Dan yang sangat untung kepada kaum hawa juga kan. Kawasan sekeliling sekarang ni pun dah tak selamat. Bayangkan, baru-baru ni, ada kes yang mengejutkan melibatkan budak perempuan di sekolah aku.

Kes pertama,
Jalan berseorangan di jejantas. Tiba-tiba, ada lelaki tak dikenali rentap tudung sekolah. Dan mangsa yang terkejut terus kejar orang tu nak dapatkan balik tudung.

Kes kedua,
Tunggu ibubapa atau bas di perhentian bas lepas sekolah. Tiba-tiba dipeluk daripada belakang oleh seseorang dan diraba dan dicium.

Kes ketiga,
Berjalan bersama rakan, kemudian diraba.

Okayyy, tak ke seramm bila dengar kes macam ni berlaku. Apa yang perlu kita lakukan kalau perkara macam ni jadi pada diri kita?? First sekali, mesti terkejut beruk punya pastu panik kan?? Haaa, tulah. Kadang-kadang kita tak menjangkakan sesuatu yang buruk macam tu boleh terjadi dekat diri kita kan. Walaupun kita dah alert perkara begini tapi kita still tak boleh nak halang kan. Even, cikgu sekolah aku dah kasi pelbagai nasihat kepada semua murid supaya jaga diri elok-elok lepastu siap dah lodge a police report  lagi. Tapi, kenapa masih terjadi lagi? Haihh, aku ada jugak terfikir, kan bagus kalau ada ilmu seni pertahankan diri nih. Tak perlu hidup rasa takut kalau berseorangan. So people out there! especially girlss! please! please! and please! take a good care of yourself kay. Kalau ada peluang belajar seni pertahankan diri tu, you had better do that! InsyaALLAH aku pun teringin nak belajar cuma masa dan keadaan aku yang tak mengizinkan:) Salam sayang semua. muahh!





Nak cakap sikit lah kann, disebabkan ada seorang insan ni suka sangat tanya bila aku nak pakai tudung hadiah dia, ni haaa. Puas hati sekarang?? Btw, thanks yer awokkss:)



Older Post
The Disclaimer


Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:)

underlined, bold

''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia''
"Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky.


Diary About Stuff Site





Blog Achiever



Let's Talk!

i-twittah!