Ini Amira sok!
Follow Dashboard
Travelouge: Open House!
Monday, September 2, 2013 | 0Superstar (s)!


Assalamualaikum,

Kita mulakan hari ini dengan bismillahirahmanirahim:) Alhamdulillah. Syukur kita masih lagi bernyawa sehingga ke hari ini kan. Okayy, kali nih aku nak kongsi cerita pasai hari raya! ehhh, raya tak habis lagi. So, mestilah orang ada buat open house lagi kan. Nak dijadikan cerita, minggu pertama buka sekolah lepas cuti raya, akan adalah suara-suara sumbang menanyakan kepada cikgu. Bergini bunyinya:

Murid bertuah: Cikgu tak buat open house ke??
Cikgu 1: hmm,tak. susahlah cikgu ada anak kecik.
Murid bertuah: Ohh, yer jugak ork. takpelah gitu cikgu. *muka hampa.

Murid bertuah : cikgu tak buat open house kerr??
Cikgu 2 : Tak sempatlah. cikgu tak ada masa. kena jaga nenek cikgu sakit lagi.
Murid bertuah: Kesiann cikguu~ *hampaa square
  
Murid bertuah: cikgu bila nak buat open house untuk kitaorangnya??
Cikgu 3: Hmmm, saya busy sikit lah. Nanti saya tengok balik bila free. Kamu semua nak datang bila?
Murid bertuah : Tak kisah pun cikgu. Bila-bila pun boleh. heee~

Murid bertuah :Cikgu tak ajak pun kitaorang datang beraya rumah cikgu pun.
Cikgu 4 : Ehh, awak orang yang tak datang. siapa suruh.
Murid bertuah: Lahh, kitaorang tunggu cikgu jemput!
Cikgu 4: Hari raya tak perlu berjemput-jemput. Datang je lahh. Call saya.
Murid bertuah: Macam tu eh?? okayy. nanti cikgu masak sedap-sedap ea. *sinar cahaya di mata.

Haaaa. nampak tak? nampak tak? bertuah punya budak! Kesian ke cikgu tahu~ ingat cikgu banyak masa ke asyik nak kasi perut sekolah korang tu makan hah? Errr, sebenarnya aku pun salah seorang jugak yang turut menembak cikgu dengan pertanyaan sebegitu. Tapi, aku tambah-tambah jer okayy apa yang budak lain  cakap. hahaha. minta maap cikgu.heee~

Tapi, agak terharu jugaklah apabila cikgu betul-betul buat open house untuk kitaorang. Ajak kitaorang bebudak form 6 nih pi rumah dia beraya. Kitaorang memain jer sebenarnya cikgu. tak sangka cikgu ajak betul-betul. So, apa lagi. serangggggggg! hahaha.><

25 August 2013 (Ahad)

Misi beraya yang pertama bermula di rumah Encik Rahmat. Okayy, kisahnya bermula bila semua janji nak tunggu dekat sekolah dalam pukul 11 pagi. Yelahh, ingat nak pi sama-sama sebab ada yang taktahu rumah cikgu kat mana. Tu yang ingat nak follow je sesiapa yang tahu. Nak dijadikan ceritanya, aku terjanji melayuss. Aku lambat. Bukan apa, aku nak keluar dah time tuh, alik-alik kena pi beli barang dapur sat dekat Tunas Manja. Walaweiii. Kesian member aku tunggu dekat sekolah. Aku rasa serba-salah gilass. mahu tak mahu, lepas beli barang tu. habis aku pecut jugak pi sekolah. Lebih kurang berapa minit, aku sampai jugak kesekolah dan nampak diaorang tunggu bawah panas. Dah tunggu jugak aku nih. Wahhhh! bersalah bangattt rasa~ Okayy. kami pun memulakan perjalanan. Sampai di area Santai dekat Tanjung Lumpur, nampak kereta yang lain dah tunggu. Wahhh! konvoi beramai-ramai boh. Lebih kurang 7 buah kereta jugaklah menuju ke rumah cikgu Rahmat. Excited! Entahhlaa apa reaksi cikgu Rahmat agaknya. mesti terkejut nampak macam rombongan meminang.hahaha. Janji cikgu Rahmat sangat sempoii!



Misi yang kedua pula adalah ke rumah Kamaliah. Classmate aku. Walaupun perut dah kenyang tapi bila nampak makanan yang banyak gila kat rumah Kama. Aku jadi tak waras sekejapp. Lupa yang perut nih dah kenyang. Semua benda nak ambil. dan nampak ketamakan disitu. Macam-macam juadah ada antaranya, laksa penang, sate, nasi dagang, soto dan yang memang menggugat iman masa tu ada ABC weiii. Perghh! rambang mata sekejap. Disebabkan makanan yang terlalu banyak atas meja tuh, nasib baik aku tak silap campur laksa penang dengan kuah nasi dagang. Okayy, Malu jerr mak Kama tegurr. *sorok muka belakang langsir ><  hikhikhik. Apapunn, jelajah konvoi beraya hari tersebut sangat seronokk dan mengenyangkan. Errrghhh! oppss. Alhamdulillah:)





31 August 2013 (Sabtu)

Ehhhhh, ingatkan sudah habis dah siri jelajah konvoi bebudak form 6 nih. Rupanya bersambung lagi kot ke minggu hadapannya. Kes ini terjadi, gara-gara cikgu Azhar ajak pi rumah dia. Jadi, pukul 10 sudah terpacak kami di muka pintu rumah cikgu akibat cikgu suruh mari awal. Dia nak kena attend kenduri. Kali nih, tak jadi konvoi sangat sebab ramai yang dah duduk berdekatan Permatang badak tu dah. Nak senang cerita, diaorang tunggu kat sana jer. Aku? aku kenalah jugak pergi tunggu dekat sekolah sebab dah janji dengan Jonathan nak pergi sekali sambil kami menjadi driver kepada rakan-rakan kesayangan kami. Pada mulanya, ingat tak muat tau kereta. Yelah, si Jonah ni kata nak bawak kereta Unser. Alik-alik bawak saga sebab family dia guna Unser tuh. So, terpaksa arrange lah kedudukan. Nasib baik Tasha dan Jibah tak naik sekali. Kereta aku, yang dapat sumbat 5 orang ( Kama, Akma, Syuhada,Emir) termasuk aku. Kereta Jonah 4 orang (Akma,Janice,Pik yoke dan Thong).Hmm, sedihnya Dila tak dapat join kitaorang sebab balik kampung. Takpe Dila tahun depan kita serbu lagi rumah cikgu:) Okay, aku lead jalan depan Jonah tu pun sebab Emir tahu jalan. Kitaorang decide nak lalu jalan Baypass jer sebab haritu kan hari kemerdekaan. Jadi jalan besar sana mesti tutup dan maybe akan banyak kereta. Untuk memudahkan kerja, lalu baypass jelahh senang. Tapi, si Jonah nih tunjuk pulak aksyen dia tuh. Dia pintas kereta aku. Okayy, lantak dia. tahu ke jalan?? kitaorang dah plan tak nak angkat kalau dia call. Biar dia. Ahaha. Satu perkara yang mendebarkan aku time tuh. Kereta Jonah dah lead depan aku. Pada masa yang sama ada lagi kereta di depan kereta Jonah. Kami di lane kiri. Biasalah lane kiri untuk kereta yang speed dia slow sikit jadi kereta depan Jonah tu lembab sikit. Tiba-tiba, tanpa sangka. Jonah kasi signal sekejap tukar lane kanan. Dan yang mengejutkan aku lori yang besar dan laju nak dekat dah time tuh. Kitaorang dalam kereta semua dah menjerit terkejut lori tu lalu sebelah. Aku dah nampak dah lori tu ikut side mirror dan plan nak potong lepas lori tu blah, ingatkan si Jonah nih sama. Rupanya tak. si Jonah ni terburu sangat. Debar gila aku. Bahaya tahu Jonah hang buat macam tu. Lain kali please be careful! Dan akhirnya kami sampai di rumah cikgu Azhar walaupun ada sikit kesesatan jalan. hahaha. Seronok sangat sebab mee jawa yang cikgu selalu sebut tu terhidang di atas meja. Nak resepilahh cikgu:)



Ahhhh, agak kelamaan di rumah cikgu Azhar. Siap tengok TV lagi ramai-ramai. Macam kedai kopi apatah. ahaha. Kami pun mengundur diri dan akan ke destinasi seterusnya iaitu rumah cikgu Khatijah. Wahhh! dari Permatang Badak, kami ke Pelindung pula. Masuk bandar pulak. dan biasa yang malasnya kena lalu traffic light. -.-' redho jelah. Kali nih muatan kereta agak berlebihan iaitu 4 dibelakang. Kesian pulak aku tengok macam sardin jer. soryyy korang! hmm, sampai-sampai rumah cikgu, first thing yang nampak depan pintu rumah dia ada sangkar. sangkar kucing woii. Masalahnya bukan kucing yang tepi-tepi jalan tu. Ini kucing kacukan. serius comel gilakkk! Rasa nak gigit-gigit jer kucing tuh. Dah laa muka aksyen jer nak kita Tahulah comel awok tuh. hahaha~





Konklusinya, walaupun sangat-sangat kepenatan tapi sangat menyeronokkan. Nak berpantun sikit kepada cikgu " terima kasih daun keladi, tahun depan buat lah lagi" hehehe.


Labels: ,



Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Bismillahirahmanirahhim. Hye there! just blog-walking here and do follow me for the latest update. Please! no copy-cat allowed. thank you for your cooperation:)

underlined, bold

''Ya ALLAH,hadirkanlah cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku aku daripada cinta yang sia-sia''
"Butterflies, butterflies.They were meant to fly.You and i, you and i.We were colours in the sky.


Diary About Stuff Site





Blog Achiever



Let's Talk!

i-twittah!